Ya allah yang membolak-balikkan hati ini tetapkanlah hati
ini dalam agamamu , dan dalam ketaatanmu , dan dalam memikul beban dakwahmu …
"Sesiapa yang melakukan satu dosa,
maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan
terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka
titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis )
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada
cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab
perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah
al-Muthaffifiin, ayat 14)
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu,
bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan
mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah
lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah
kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa
yang kamu kerjakan."
(Q.S. al-Baqarah ayat 74).
(Q.S. al-Baqarah ayat 74).
No comments:
Post a Comment