Wednesday 17 April 2013

guru vs wardenah

bismillah 
assalamualaikum ..
salam semua dh lame rasenye tak menulis ......menaip dalam blog usang ini.. dah sebulan lebih menjadi graduan ijazah muda shariah lulusan jordan timur tengah , membisakan diri sekarang sebagai seorang pendidik .. 24 jam berdepan dengan pelajar kerenah mereka siang dan malam ,, sekarang sedang berusaha mendalami ilmu menjadi seorang pendidik .. allah sangat2 mencabar.. 

terkadang .. tercabar juga kesabaran bila nasihat tak diendahkan .. huh terpaksa garang walaupun sebebnarnya malas untuk garang2.. diri sendiri yang sakit .

moga allah menambahkan kesabaran dan sifat seorang pendidik dalam diri ini ..

allahu musta3aan =)

Thursday 20 December 2012

sejak akhir-akhir ini hati teringat rumah entah betapa hati ini terkadang lemah, lemah untuk menghadapi ujian , sungguh air jernih sering menjadi teman , sering menjadi bahan untuk sedih , dan air hangat ini juga lah membuat kan aku kuat setelah lemah , pelik nye perempuan air hangat ini sangat murah dan senang untuk menjadi benteng dan bukti bahawasanya dia sedih , arghhhhhhhh!!!!!!!! terkadang aku rimas dengan emosi kenapa suka terasa dan terkecewa , lemah sangat kah perempuan.. tak mampu untuk membuat sesuatu akhirnya air mata menjadi mangsa untuk dilepaskan dan dihamburkan .

mata usah lah menipu , biar air mata yang berbicara , tatkala air jernih itu mengalir segala-galanya tak mampu untuk ditipu , biarkan ia pergi , biarkan ia mengalir deras ,, biarlahhh



Monday 10 December 2012

alhamdulillah

bismillahirrahmanirrahim


alhamdulillah , selesai usrah saya bersama anak2 usrah saya untuk kali ke dua
perbincangan kami berkenaan dengan ayat intisari surah al-hujurat
insyaallah di lain pos saya akan post berkenaan intisari ayat al-quran
insyaallah =)

Monday 29 October 2012

=)

(cube cari saye) =)

alhamdulillah selesai sudah program jamuan eid adha disamping berkenal-kenalan untuk anak2 perak (badan kebajikan anak2 perak jordan )
suasana agak meriah kami mulakan majlis kami selepas asar 
yang di bahagian akhawat(perempuan) menyiapkan hidangan berbentuk manisan dan juga masakan utama kami (spagheti goreng ) 
manakala di sebelah syabab( lelaki) membakar daging 

alhamdulillah kami memulakan sesi makan2 di sebelah petang setelah bertungkus-lumus memasaknya di sebelah pagi sehingga hampir petang ..
sambil makan sambil bersembang berkenalan

sungguh manis ukhuwwah andai disimpulkan kerana allah 
moga kami ahli2 BKAPJ sentiasa bersama dalam menjaga kebajikan  rakan2 

salam ta3aruf adik2 baru bkapj 

^_^


Sunday 28 October 2012

asal sahaja kerAna allah pasti boleh


~MANUSIA BERTANYA~
Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji?

Qur’an Menjawab : “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Lihat QS.Al-Ankabuut : 2).


“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Lihat juga QS.Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik?

Qur’an Menjawab : “…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Lihat QS.Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Qur’an Menjawab : “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” (Lihat QS.Al-Baqarah : 286)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku lemah  ?

Qur’an Menjawab : “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Lihat QS.Ali Imraan : 139)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

Qur’an Menjawab : “…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Lihat QS.Yusuf : 87)

Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Qur’an Menjawab : “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. (Lihat QS.Ali Imraan : 200)

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’”. (Lihat QS.Al-Baqarah : 45)

Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

Qur’an Menjawab : “….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…….” (Lihat QS.At-Taubah : 129)

Manusia Bertanya : Apa yang kudapat dari semua ujian ini?

Qur’an Menjawab : “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan surga – Nya……….” (Lihat QS.At-Taubah : 111)


terakhir di hari pengorbanan



mereka ini lah housemate saya..
malam ini menjadi bukti saya beraya aidiladha bersama mereka 
malam aidiladha yang terakhir mungkin..
di bumi barakah ini
ya allah moga talian ukhuwwah ini bersama sehingga ke syurga mu tuhan 
terima kasih adik2 se 'housemate'
beraye bersame kakakmu ini
seronok bersama kalian 
^_^

salam eid adha 
hari raya ke 3
09:07P.M
bilik pink=)


.. .. .. ..



gerabak dosa kian bertimbun
adakah dosa yang bakal aku persembahkan buat sang maha pencipta
allah
jangan biarkan aku leka
sahabat
pimpin tangan ini sama2 menuju ke redha yang esa
ilal jannati zumara.........

..................................................................

T_T

duhai diri..
hidup ini hanya sementara
pergunakan masa, pancaindera, dan semuanya kerana untuk menuju tuhan yang esa
hanya amalan yang soleh dan hati yang ikhlas kerananya
akan mendapat apa yang telah dijanjikan allah kepada kita
muhasabah ini untuk diri yang hina ini juga  T_T

SALAM EID ADHA 2012
salam perantauan dari jordan untuk malaysia
raya ke3

Tuesday 23 October 2012

=)

bismillahirrahmanirrahim
sudah lama aku tak menconteng , menitip , menaip .. dalam ruangan ini kekadang aku terfikir apa guna nya ada bog kalau tak rajin up-date .. dan terfikir jugak dalam ruangan minda yang negative sape lah nak bace bog aku ni .. arghhhh tu yang malas nak up-date tu.. =)

tapi bila menyingkap kembali sirah nabi selak kembali tirai hati , bermukim seketika di persimbangan perjalanan seorang hamba terkadang aku terfikir , apa sangat lah usaha aku dalam memberi sesuatu kebaikan buat ummah tercinta , aku disini belajar syariah , belajar utk diri sahaje kah?? untuk diri untuk apa ?? apa manfaatnya diri ini kalau belajar tak mahu sampaikan .. ahhhh maafkan aku ='( terkadang aku hanya pandai mengeluh , tanpa berfikir , susah ini itu , payah nak buat itu ini .. lelah .. apa yang aku buat sampai macam tu aku fikir???

dan kini doakan aku sahabat2 supaya aku istiqamah dalam menullis dan dalam melakukan kebaikan secara konsisten dan istiqamah ... moga ada manfaat disebaik tulisan aku ini ..
amik yang baik ... ketepikan yang tak elok

allah ma3ana

p/s: doakan aku esok exam feqh ahwal syakhsiyyah 1 ... bittaufiq jugak buat sahabat2 seperjuangan =)

Tuesday 25 September 2012

lalala

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum wbrth.. apa khabar semua ?? bagaimana diri sihat ?? iman ?? hubungan allah dan manusia ?? harap semuanya sihat dan sihat .. insyaallah

alhamdulillah sudah hampir 2minggu berkelana mencri ilmu di sem yang terakhir , berharap dapat buat yang terbaik buat diri ini , keluarga , dan agama .. dan hampir 2 minggu juga saya hidup sebagai ahli rumah di bayt NO NAME , sungguh pelbagai suka dan duka mewarnai kehidupan ku sekarang .. duk di rumah luar amat mencabar dari duduk di dalam asrama kampus , hidup sebagai anak rantau memang mencabar , sungguh hijrah itu memang payah , allah tidak menghamparkan permaidani merah yang berbumbungkan langit cerah bagi mereka yang allah sayang namun allah menaburkan duri2 di atas permaidani terkadang langit mendung silih berganti dan terkadang ribut datang tanpa berhenti , tapi langit tak selamanya mendung , awan tak selamanya hitam , bumi ini tak selamanya dibanjiri air .. allah itu maha adil , tuhan hantarkan wasilah akal pada manusia untuk ciptakan payung untuk berlindung , cermin mata hitam untuk melindungi mata dari terik nya sang suria , =) allah itu maha adil ..

adakah kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepada kamu cubaan seperti yang dialami orang2 yang terdahulu
~surah al-baqarah ayat124~

alhamdulillah pagi, tadi ke kuliyyah, nak jadikan cerita saya ke sana tanpa breakfast .. memang sakit kepala dibuatnya , allah yang maha mengetahui , sungguh saya kalau time sekolah dulu mak saya paksa anak2 dia amik sarapan dulu sebelum ke kelas , paling2 pon minum air millo hehheheh ,, sekarang zaman dah berubah semua kena buat seniri maa ...diri adalah tanggungjawab diri tak de pergantungan pada orang lain kecuali allah , emm balik dari kelas tengah hari allah sahaja yang tahu bagaimana kepala ini merasai , ops saya rase ini bukan luahan perasaan kot , ini saja2 padahal byk kali dah jadi cm ni , hehhee..saja nak cite tak de cite best pon .. lepas balik kelas tu rumah sewa saya dekat dengan sekolah ni , kene kacau laa plak ngan bebudak arab ni .. so saya ni tak nak biarkan bebudak tu cakap sesorang saya pon layan laaa .. huhu lepas satu , satu soklan yang diberi sambil berjalan cepat saya cube jawab soklan diaa tu ... huhuhu layan je laah bile lagi nak layan ... tapi makin menjadi2 pulak soklan dia bagi nih ... huh

balik dari kelas saya jadi sakit kepala , mungkin tak sarapan pagi tadi , mungkin jugak melayan bebudak tu .. takpe .. berharap tak de dahh kene kacau ngan bebudak tu lagi esok .. hehehe

dan malam ni sambut hari kelahiran seorang adik di rumah depan bayt PRISMA , semoga allah memberkati usia mu adik .. sanah helwaaa ^_^

ok cukup utk hari ini .. insyaallah esok kite tengok ape yang menarik nye cite .. hukhukhuk *_*

selamat malam sahabat blog